Jangan Lupa Nyanyi

 

COMPETITION NAME

Competition terms and conditions

1. PENGENALAN

Peraturan-paraturan ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peraturan-peraturan”) adalah terpakai dan berkuatkuasa ke atas semua peserta-peserta (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta-Peserta”) yang memasuki peraduan Jangan Lupa Nyanyi (selepas ini dirujuk sebagai “Peraduan”) di Era (name of station). Penyertaan dan/atau pengambil bahagian di dalam Peraduan ini adalah dianggap sebagai penerimaan tanpa syarat oleh Peserta-Peserta terhadap keseluruhan Peraturan-Peraturan.

 

 

Peraturan-peraturan ini boleh didapati di Airtime Management & Programming Sdn Bhd, All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur atau di muat turun dari www.era.fm (“Laman Web”)

 

2. PENGANJUR

 

Pihak Penganjur peraduan ini adalah Airtime Management & Programming Sdn Bhd, pegurus radio Era (name of station) yang beralamat di All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur dan

 

3. TEMPOH PERADUAN

 

Promosi adalah dari minggu 15 Feb 2010 hingga 26 Mac 2010

 

Peraduan akan diadakan dari 15 Feb 2010 hingga 26 Mac 2010

 

Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk memanjangkan/memendekkan tempoh Peraduan ini.

 

4. KELAYAKAN

 

Peraduan ini adalah terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas ATAU dalam situasi di mana seseorang peserta adalah di bawah umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga peserta tersebut boleh, tertakluk kepada budibicara mutlak Pihak Penganjur dikehendaki untuk menandatangani satu indemniti dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur sebagai salah satu pra syarat kelayakan penerimaan Hadiah peserta dibawah jagaan ibu bapa atau penjaga terbabit.

 

Pekerja-pekerja dan ahli keluarga terdekat Pihak Penganjur, ASTRO ALL ASIA NETWORKS plc, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. Dan anak-anak syarikat adalah tidak berkelayakan untuk menyertai dan/atau memenangi Peraduan ini.

 

Pekerja-pekerja dan ahli keluarga terdekat Pihak Penaja dan/atau mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan Peraduan adalah tidak berkelayakan untuk menyertai dan/atau memenangi Peraduan ini.

 

Seseorang individu adalah tidak berkelayakan untuk menyertai dan/atau memenangi Peraduan ini jika individu tersebut:

 

4.1 telah memenangi hadiah (atau hadiah – hadiah) yang bernilai RM 50 atau kurang daripada penganjur dalam tempoh tiga (4) hari sebelem peraduan ini

 

4.2 telah memenangi hadiah (atau hadiah – hadiah) yang bernilai RM 100 daripada penganjur dalam tempoh (8) hari sebelem peraduan ini

 

4.3 telah memenangi hadiah (atau hadiah – hadiah) yang bernilai RM 101 – 500 daripada penganjur dalam tempoh (16) hari sebelem peraduan ini

4.4 telah memenangi hadiah (atau hadiah – hadiah) yang bernilai RM 501 – RM 1000 daripada penganjur dalam tempoh (30) hari sebelem peraduan ini

 

4.5 telah memenangi hadiah (atau hadiah – hadiah) yang bernilai RM 1001 atau lebih daripada penganjur dalam tempoh (90) hari sebelem peraduan ini

 

 

5. CARA PENYERTAAN

 

To enter:

 

1.    Jadi Pemanggil Terkini apabila anda dengar isyarat memanggil

2.    Pilih genre lagu, lagu akan dimainkan dan dihentikan

3.    Sambung lagu dengan lirik lagu yang betul untuk memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan (Jumlah minima RM 200.00)

4.    Jika anda gagal, wang tunai yang ditawarkan akan dibawa ke waktu/masa peraduan yang seterusnya.

 

RIUH PAGI ERA/PETANG ERA

 

1.    Anda berpeluang memenangi wang tunai minima RM 1000.00 (Riuh Pagi Era) dan RM 500.00 (Petang Era@5.30pm)

2.    Anda perlu memilih untuk mengambil talian hayat atau tidak:

·       Jika ya, anda boleh menggunakan talian hayat tetapi anda hanya menang separuh daripada wang yang ditawarkan jika

·       Jika tidak, anda berpeluang memenangi keseluruhan yang ditawarkan.

·       Jika anda gagal, anda pulang tangan kosong dan wang tunai yang ditawarkan akan dibawa ke waktu/masa peraduan yang seterusnya.

·       yang ditawarkan akan dibawa ke waktu/masa peraturan yang seterusnya.

 

Sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak boleh dibaca dalam sebarang Peraduan adalah terbatal dengan sendirinya. Pihak Penganjur dengan ini mempunyai hak untuk membatalkan sebarang penyertaan jika penyertaan tersebut adalah salah disisi undang-undang, tidak senonoh, tidak sesuai atau boleh menjatuhkan reputasi dan nama baik pihak Penganjur atau pihak Penaja.

Sesiapa yang telah dikenalpasti atau didapati menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu (1) nama untuk melayakkan diri/menyertai/memenangi Peraduan akan disingkirkan dari Peraduan ini.

 

Melainkan dinyatakan secara khusus di dalam ini, Peserta hendaklah menyertai Peraduan ini dengan menghantar satu penyertaan sahaja dan penyertaan berganda adalah dengan sendirinya terbatal.

 

Para peserta mengakui dan bersetuju bahawa pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan seorang pemenang jika pihak Penganjur mendapat tahu tentang ketidaklayakannya selepas hadiah diberi kepada Pemenang. Dalam situasi ini, pihak Penganjur mempunyai hak untuk meminta balik hadiah tersebut atau pembayaran jumlah nilainya.

Jika maklumat peribadi (terutama nombor telefon) para peserta berubah, para peserta adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan perubahan tersebut kepada pihak Penganjur.

 

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj mengikut kadar pengendali telefon bimbit masing-masing dan 50 sen akan dikenakan caj untuk setiap SMS yang diterima. Untuk menyertai peraduan ini, para peserta perlu mempunyai telefon bimbit yang sesuai dengan pengendali telefon bimbit yang boleh mengendali teks mesej di nombor SMS terbabit. Adalah dicadangkan supaya para peserta berhubung dengan pengendali telefon bimbit mereka mengenai perkara ini.

 

 

6. PROSEDUR PERADUAN

 

5.    Jadi Pemanggil Terkini apabila anda dengar isyarat memanggil

6.    Pilih genre lagu, lagu akan dimainkan dan dihentikan

7.    Sambung lagu dengan lirik lagu yang betul untuk memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan (Jumlah minima RM 200.00)

8.    Jika anda gagal, wang tunai yang ditawarkan akan dibawa ke waktu/masa peraduan yang seterusnya.

 

RIUH PAGI ERA/PETANG ERA

 

3.    Anda berpeluang memenangi wang tunai minima RM 1000.00 (Riuh Pagi Era) dan RM 500.00 (Petang Era@5.30pm)

4.    Anda perlu memilih untuk mengambil talian hayat atau tidak:

·       Jika ya, anda boleh menggunakan talian hayat tetapi anda hanya menang separuh daripada wang yang ditawarkan jika

·       Jika tidak, anda berpeluang memenangi keseluruhan yang ditawarkan.

·       Jika anda gagal, anda pulang tangan kosong dan wang tunai yang ditawarkan akan dibawa ke waktu/masa peraduan yang seterusnya.

 

7. HADIAH

 

1.             Riuh Pagi Era – RM1000.00

2.             Petang Era – RM500.00

3.             Lain – Lain Waktu Peraduan – RM 200.00

 

Tuntutan Hadiah

Kesemua Hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pemberitahuan (selepas ini dirujuk sebagai “Jangkamasa Tuntutan”). Para Pemenang adalah bertanggungjawab secara sendiri untuk menuntut Hadiah masing-masing, dan pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab untuk memberi sebarang notis mengenai tarikh tutup tuntutan Hadiah. Hadiah-Hadiah yang gagal untuk dituntut dalam tempoh Jangkamasa Tuntutan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur dan pihak Penganjur, agen-egennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap Pemenang dalam sebarang aspek sekalipun.

Kesemua Hadiah hendaklah dituntut secara sendiri oleh Pemenang melainkan pihak Penganjur menyatakan sebaliknya. Bukti pengenalan diri yang mempunyai sesalinan gambar di dalamnya (sebagai contoh, termasuk tetapi tidak terhad kepada kad pengenalan, lesen memandu, paspot, dan sebagainya yang mana mempamerkan sesalinan gambar Pemenang). Dalam situasi di mana pihak Penganjur memilih untuk mengepos sesuatu Hadiah kepada seseorang Pemenang, tiada tanggungjawab adalah diletakkkan kepada pihak Penganjur terhadap keselamatan dan penghantaran pos yang efektif Hadiah berkenaan kepada Pemenang.

Dalam situasi-situasi khas dan tertakluk kepada budibicara mutlak pihak Penganjur, seseorang Pemenang boleh melantik wakil yang ditetapkan untuk menuntut Hadiah. Wakil tersebut hendaklah mengemukakan kebenaran bertulis daripada Pemenang dan mengemukakan bersama-samanya bukti tanda pengenalan diri kedua-dua Pemenang dan wakilnya.

Dalam situasi di mana seseorang Pemenang memilih untuk tidak menerima sesuatu Hadiah, Pemenang berkenaan terlucut segala hak dan tuntutan terhadap Hadiah berkenaan, yang mana akan diuruskan oleh pihak Penganjur menurut budibicara mutlaknya.

 

 

 

 

Penggunaan dan pindahmilik Hadiah

Hadiah-Hadiah adalah tidak boleh dipindahmilik, dan di mana ianya adalah terpakai, hendaklah digunakan dalam tempoh masa dan/atau tarikh yang ditetapkan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan/atau alternatif-alternatif lain.

Segala Hadiah adalah diterima di bawah risiko Pemenang secara sepenuhnya dan pihak Penganjur dengan ini mengesahkan bahawa ia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang Hadiah selagi mana ianya dibenarkan di bawah undang-undang.

Sekiranya sesuatu Hadiah yang ditetapkan menjadi tidak ada atas sebab-sebab tertentu, pihak Penganjur berhak menggunakan budibicara mutlaknya untuk menukar Hadiah tersebut dengan Hadiah lain sebagai gantinya.

8. NOTIS

 

Semua para pemenang akan diberi notis melalui telefon semasa di udara dan melalui SMS.

 

9. CUKAI

 

Para Pemenang adalah bertangungjawab terhadap sebarang dan kesemua cukai yang perlu dibayar hasil darupada sesuatu Hadiah yang diberi atau diterima.

 

10. HADIAH YANG TIDAK DITUNTUT

 

Hadiah yang tidak dituntut selepas tempoh tiga bulan akan dilupuskan.

 

11. PUBLISITI DAN HAK CIPTA

 

Para Peserta adalah dikehendaki oleh pihak Penganjur untuk menyertai sesi temuramah, sesi bergambar, sesi video dan/atau filem dan para Peserta dengan ini memperakui bahawa pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan temuramah-temuramah, gambar-gambar publisiti, video dan/atau filem tersebut dalam sebarang medium dan dalam sebarang keadaaan yang pihak Penganjur fikir bersesuian, tanpa sebarang bayaran pampasan dalam apa bentuk sekalipun diberikan.

Penyertaan Peraduan dan material (selepas ini dirujuk sebagai “Material”) yang dihantar berkenaan sebarang Peraduan, sama ada dalam bentuk penulisan, audio, elektronik dan/atau berbentuk visual, dan.atau adalah satu kombinasi mana-mana Material yang disebut di dalam ini, atau sebarang gambar, video dan/atau rakaman filem yang diambil oleh Peserta adalah menjadi hakmilik pihak Penganjur yang mana mungkin menggunakan Material tersebut dalam sebarang Medium dan/atau dalam sebarang keadaan pihak Penganjur fikirkan sesuai. Hakcipta Material tersebut dimiliki sepenuhnya oleh pihak Penganjur.

 

Pihak Penganjur berhak untuk mewujudkan/membuat infomasi daipada para Peserta di dalam sebarang pangkalan data untuk tujuan penggunaan di dalam urusan harian biasa pihak Penganjur.

Para Peserta tidak boleh tanpa kebenaran bertulis secara khusus daripada pihak Penganjur untuk mencetak dan/atau mendedahkan sebarang informasi berkenaan Peraduan dan/atau Hadiah, yang mana adalah tidak terhad kepada wakil-wakil media dalam apa jua bentuk sekalipun. Para Peserta adalah tidak berhak untuk memberi temuramah dan/atau terlibat di dalam sebarang artikel dan/atau laporan berkenaan Peraduan dan/atau Hadiah dengan mana-mana pihak ketiga.

Para Peserta dengan ini memberi kuasa dan menyerah hak kepada pihak Penganjur keseluruhan hakcipta dan/atau sebarang hak ‘intellectual property’ di dalam Peraduan dan penglibatan para Peserta di dalam Peraduan dalam segala media dan teknologi.

12. INDEMNITI

 

Para Pemenang dengan ini memperakui dan mempersetujui bahawa masing-masing melibatkan diri di dalam Peraduan di atas risiko sendiri dan juga dengan ini bersetuju untuk menanggungrugi pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya terhadap sebarang kos, kerugian, kehilangan, perbelanjaan dan/atau liabilti, yang mana termasuk kehilangan nama baik, reputasi dan/atau yuran-yuran penasihat-penasihat profesional, dan juga sebarang tuntutan yang timbul hasil daripada tindakan para Pemenang itu sendiri berkaitan dengan Peraduan, Hadiah dan/atau hasil daripada perlanggaran obligasi-obligasi para Pemenang di dalam ini.

 

 

13. KEGAGALAN PANGGILAN DAN PESERTA YANG TIDAK BOLEH DIHUBUNGI

 

PERADUAN MELALUI FAKS DAN POS

Pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan melalui pos dan/atau faksimili yang hilang, rosak, tersalah hantar dan/atau lewat dalam penghantarserahan kepada Pihak Penganjur, dan Pihak Penganjur juga adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan/atau permasalahan dan/atau kegagalan fungsi ke atas peralatan komputer, peralatan mesin faksimili dan/atau talian telefon mesin faksimili. 

PERADUAN MELALUI TELEFON

Tiada liabiliti diletakkan ke atas Pihak Penganjur terhadap sebarang permasalahan komunikasi telefon dan/atu masalah-masalah teknikal yang dialami oleh para pemanggil talian telefon seperti kerosakan, tersalah transkrip, tersalah arah dan/atau kesilapan mendail semasa bahagin penggilan telefon sesuatu Peraduan.

Sekiranya dalam perlaksanaan sesuatu Peraduan: -

·       talian telefon terputus dan/atu terganggu; dan/atau

·       terdapat perbalahan/keraguan yang timbul hasil daripada penggunaan talin-talian telefon di dalam sesuatu Peraduan (termasuk di dalam situasi di mana talian terlefon berganda digunakan); dan/atau

·       dua (2) talian telefon terlintang di antara satu sama lain (‘crossline’) semasa Peraduan melalui panggilan telefon;

Pihak Penganjur berhak, di bawah budibicara mutlaknya, membatalkan penyertaan pemanggil dan/atu pemanggil-pemanggil, dan Penganjur tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberi Hadiah kepada pemanggil dan/atau pemanggil-pemanggil tersebut, dan boleh memberi Hadiah yang berkenaan kepada individu lain menurut budibicara mutlak Pihak Penganjur.

Dalam keadaan di mana lebih daripada satu (1) suara pemanggil kedengaran melalui talian telefon, Peserta atau Pemenang yang paling berhak akan menjadi individu pertama bercakap dan ini adalah tertakluk kepada keputusan penuh hakim-hakim Pihak Penganjur. Sekiranya hakim-hakim tidak berupaya untuk memastikan pemanggil pertama, undian secara rawak akan dilakukan untuk mengenalpasti Pemenang. 

Sebarang penyertaan yang didapati menggunakan pertukaran telefon (‘telephone switching’) atau peralatan aturcara (‘programming equipment’) adalah terbatal dengan sendirinya.

Dalam Peraduan melalui panggilan telefon, “isyarat untuk memanggil” adalah efektif hanya apabila kedengaran melalui penyiaran radio ke udara, dan pelayaran melalui internet adalah tidak sah kerana kemungkinan terjadinya siaran tertunda di dalam transmisi audio atau ralat di dalam internet.

 

 

Peraduan Melalui SMS

Pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang masalah,kerugian dan/atau kerosakan hasil daripada sebarang sebab yang dialami oleh mana-mana pihak di atas kelewatan dan/atau kegagalan dalam penerimaaan dan/atau penghantaran sesuatu SMS hasil daripada ralat sebarang jaringan (‘network’), komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh operator telefon mudah alih/telefon bimbit yang mengambil bahagian dan/atau oleh Penganjur dan/atau hasil daripada penyertaan dan/atau hasil daripada pemuatturunan sebarang bahan di dalam Peraduan. Di dalam situasi ralat, gangguan dan/atau kegagalan, pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan untuk sebarang kegagalan Peserta untuk menyertai Peraduan terbabit pada bila-bila masa sekalipun.

 

Pihak Penganjur adalah tidak bertangungjawab dan/atau bertanggungan terhadap sebarang ralat, kegagalan untuk melaksanakan sesuatu, pencelahan/gangguan, pemadaman (‘deletion’), kecacatan (‘defect’), kelewatan dalam operasi dan/atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, perubahan/alterasi terhadap, dan/atau kemasukan penyertaan tanpa kebenaran, dan/atau kehilangan penyertaan atau kelewatan penyertaan sama ada timbul semasa operasi atau transmisi hasil fungsi-funsi server, virus-virus, pepijat-pepijat dan/atau sebab-sebab lain ayang mana adalah di luar kawalan Penganjur.

 

Pihak Penganjur akan membatalkan sebarang penyertaan atau membatalkan peraduan ini sekiranya peserta dicurigai menggunakan sebarang penipuan, mengodam atau penggunaan apa-apa juga peralatan atau aplikasi untuk menaikkan jumlah undian atau yang berkaitan dengannya di dalam peraduan ini yang membabitkan undian di atas talian SMS kami.

Jika peraduan ini memerlukan pendaftaran terlebih dahulu melalui SMS, pihak Penganjur mempunyai hak untuk memilih peserta atau pemenang seterusnya jika pihak Penganjur tidak dapat menghubungi perserta atau pemenang yang pertama.

14. CUTI ATAU WAKTU REHAT

 

Ia adalah tanggungjawab para peserta untuk mengambil cuti atau waktu rehat dari kerja ataupun sekolah untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini

 

15. PEMBATALAN PESERTA

 

Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan tempat seseorang Peserta di dalam Peraduan dan/atau keberhakkannya terhadap sesuatu Hadiah (tanpa liabilti dan/atau pampasan) jika, di dalam pendapat pihak Penganjur Peserta tersebut mungkin mendedahkan diri Peserta tersebut sendiri dan/atau pihak-pihak lain terhadap risiko penyakit dan/atau kecederaan dan/atau terhadap pembatalan, gangguan dan/atau pengurangan Peraduan.

 

 

 

16. PEMENANG DI BAWAH UMUR 18 TAHUN

 

Jika pemenang adalah di bawah umur 18 tahun, peraturan-peraturan ini harus ditandatangani oleh ibu/bapa atau penjaga pemenang sebelum hadiah dilepaskan. Pihak Penganjur boleh di bawah budi bicara mutlaknya memberi hadiah tersebut kepada ibu/bapa atau penjaga Pemenang.

 

Sebarang perjalanan di bawah Hadiah-Hadiah Percutian oleh individu di bawah umur adalah tertakluk kepada ibu bapa atau penjaga individu itu mengikut sama.

 

 

17. PENAMATAN PERADUAN

 

Pihak Penganjur berhak untuk menamatkan dan/atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa di bawah budibicara mutlaknya dan tanpa liabiliti kepada sesiapa pun.

 

 

 

18. KEPUTUSAN MUKTAMAD

 

Semua keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan

 

19. KEGAGALAN UNTUK MENGUATKUASAKAN PERATURAN

 

Kegagalan Pihak Penganjur untuk menguatkuasa sebarang Peraturan Peraduan ini dalam apa-apa keadaan tidak akan menimbulkan situasi di mana tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana pihak.

 

20.    MAKLUMAT DAN POLISI PERIBADI

 

Informasi peribadi yang diberi oleh para peserta untuk menyertai Peraduan ini akan digunakan oleh pihak Penganjur mengikut Polisi Peribadi kami. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada Polisi Peribadi kami di laman web kerana penyertaan Peraduan ini adalah tertakluk kepada persetujuan dengan Polisi tersebut.

 

21.     AM

 

Para Peserta adalah bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah-langkah munasabah untuk memastikan amalan keselamatan biasa dan aktiviti-aktiviti bersesuaian am yang diterima umum diambil dan dilaksanakan semasa Peraduan dan dengan ini memperakui bahawa segala aktiviti adalah dilaksanakan di bawah risiko masing-masing.

Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan tempat seseorang Peserta di dalam Peraduan dan/atau keberhakkannya terhadap sesuatu Hadiah (tanpa liabilti dan/atau pampasan) jika, di dalam pendapat pihak Penganjur Peserta tersebut mungkin mendedahkan diri Peserta tersebut sendiri dan/atau pihak-pihak lain terhadap risiko penyakit dan/atau kecederaan dan/atau terhadap pembatalan, gangguan dan/atau pengurangan Peraduan.

Peraturan-Peraturan di dalam ini adalah tertakluk kepada dan perlu ditafsir menurut undang-undang Malaysia.

Melainkan dinyatakan secara khusus di dalam ini, segala syarat, jaminan dan/atau representasi nyata dan/atau tersirat di bawah undang-undang adalah tidak terpakai. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan/kesangsian, tiada informasi dalam sebarang bentuk mengenai Peraduan dan/atau Hadiah dan/atau sebarang Peraturan di dalam ini perlu digunapakai melainkan dinyatakan secara bertulis oleh pihak Penganjur. Sebarang ketidaksahan, kepenyalahan undang-undang dan/atau tidakboleh penguatkuasaan keseluruhan dan/atau sebahagian daripada Peraturan-Peraturan di dalam ini tidak akan menjejaskan dan/atau merosakkan/melemahkan/mengurangkan penguatkuasaan berterusan Peraturan-Peraturan lain di dalam ini.

 

 


Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!
  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB

Promosi

  • Panggung ERA: Menangi tiket menonton filem terbaru Angelina Jolie SALT di sini!

Menarik di era