Setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga 1 petang, ikutilah rancangan "10-1 Era!" bersama penyampai kesayangan anda, Burn, dibawakan khas oleh Celcom!

Burn akan menemani anda sepanjang waktu kerja anda dengan segmen-segmen menarik. Selama 3 jam, ikutilah segmen-segmen seperti dedikasi, e-mel dan peraduan Trivia untuk peluang memenangi hadiah –hadiah menarik.

Trivia@10: Mahir menjawab soalan-soalan trivia? Setiap hari pada jam 10 pagi, Burn akan menanyakan satu soalan trivia. Jadilah pemanggil terpilih talian ERA dan jawablah soalan tersebut dengan betul untuk peluang membawa pulang wang tunai berjumlah RM150!

Stinger:Nantikan segmen 11 pagi hingga 12 tengahari dimana e-mel stinger bakal dibacakan. Jika e-mel anda terpilih, anda akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150! Jadi, hantarlah e-mel anda hari ini!

Dedikasi: Dengarkanlah juga segmen dedikasi dan nantikan peluang mendengar dedikasi anda dibacakan oleh hos ERA, Burn.

Ikutilah rancangan “10-1 Era” setiap hari Isnin hingga Jumaat untuk peluang memenangi hadiah-hadiah menarik serta nikmatilah lawak jenaka Burn dalam rancangan tersebut!