D Almashoor kini mengendalikan slot jam 1 petang hingga 4 petang. Pelbagai segmen menarik yang ketika beliau berada di dalam konti ERA. Ada juga topik-topik yang diketengahkan oleh D untuk para pendengar ERA mendengar menelefon dan memberi pandangan dan pendapat. D Almashoor akan memainkan Pilihan Muzik Terkini. Pendengar boleh menghubungi konti untuk memberitahu selebriti manakah telah mereka jumpai pada hari tersebut.
Jangan ketinggalan untuk menemani D jam 1 petang dan berakhir 4 petang, dan D akan memainkan 40 minit muzik tanpa henti pada setiap jam. Petang anda pasti lebih santai bersama D dengan lagu-lagu terkini dan segar.
Jangan lupa untuk berkomunikasi bersama D melalui SMS ketika waktu tugas. SMS D Almashoor mesej anda dengan menaip D <ruang><mesej dan nama anda> dan hantar ke 32555.
Petang ERA bersama D dieratkan lagi oleh DiGi Pastinya Pilihan Yang lebih Bijak!
Celoteh Adi dan Reza sudah tentu memeriahkan lagi petang anda bermula jam 4 petang sehingga 8 malam. Paling menarik ialah anda boleh mendengar segmen baru kelolaan Adi dan Reza iaitu Puas Hati, Tak Puas Hati.
Melalui segmen ini, anda boleh mendengar cerita lucu yang dimulakan oleh Adi dan Reza dan kemudiannya oleh para pendengar sendiri. Di samping itu juga Adi dan Reza membuka talian untuk pendengar-pendengar menelefon mereka dengan pelbagai topik yang menarik. Mereka juga akan memutarkan lagu-lagu terkini untuk halwa telinga anda yang dimuatkan dalam segmen Carta Ekspresi Muzik ERA.
Berkomunikasilah bersama mereka berdua ketika waktu siaran mereka.