`CHOT' JUARA KnKnK SANA SINI DI ERA

Noor Fadzlynda Abdullah Ali, 24, yang berasal dari Teluk Intan Perak, berjaya menjuarai KnKnK Sana Sini Di ERA apabil berjaya menewaskan lawannya di pusingan akhir yang telah berlangsung di Dataran Pahlawan Melaka pada Jumaat, 6 April. Noor Fadzlynda atau dikenali dengan gelaran Chot berjaya membawa pulang RM50,000 dan hadiah sebuah kereta Perodua MyVi SE yang berharga RM52,000. Antara cabaran yang dilalui oleh para peserta di Dataran Pahlawan adalah menaiki beca dan mendapatkan bekalan belacan sebelum mencari pengarah Urusan Perodua, Syed hafiz Syed Abu bakar di tengah-tengah Dataran.

ERA mengucapkan tahniah kepada Chot atas kemenangan beliau.



Saksikan foto-foto Chot bersama-sama hadiah yang beliau menangi.

 

Foto-foto ehsan : Utusan Malaysia . Jurugambar : Abdul Razak Latif

KnKnK Sana Sini, dibawakan oleh Perodua Myvi SE, Ubah Haluan, Nikmati Keunikan.