Arkib Buletin: [ Sidang Media Pertama | Showcase AE07 di Dataran Ipoh | Showcase AE07 di Melaka | Malam Anugerah Era 07 ]
MALAM KEMUNCAK ANUGERAH ERA 07
Sabtu lalu,Anugerah ERA 07 telah berlangsung dengan meriah dan lancar dan pastinya semua sudah mengetahui pemenang-pemenangnya. Datuk Siti Nurhaliza masih bertahta untuk kategori Vokal Wanita Pilihan apabila beliau sekali lagi dinobatkan di AE07.Datuk Siti yang hadir dengan busana hijau menjelaskan kehadiran beliau adalah untuk memeriahkan AE07 tahun ini."Tidak sangka pula menang untuk kategori ini. Semuanya rezeki,"katanya ketika di temuramah selepas memenangi katgeori tersebut. Ini adalah buat kali kelima beliau membawa pulang trofi untuk kategori tersebut.

Mawi yang dicalonkan untuk empat kategori tidak pulang hampa kerana beliau berjaya mengondol anugerah untuk kategori Lagu Nasyid Pilihan, Video Muzik Pilihan dan Artis Duo Berkumpulan Pilihan bersama-sama Jamal Abdillah. Namun kelibat Mawi hanya dapat dilihat sekejab sahaja apabila beliau terpaksa meninggalkan arena kerana komitmen lain.

Pendatang baru yang perlu diberi perhatian Mila tentunya gembira merangkul dua kategori iaitu Artis Harapan Pilihan dan Lagu Pop Pilihan menerusi lagu Persis Mutiara. Kejayaan Mila merangkul Lagu Pop Pilihan dengan mengenepikan nama besar seperti lagu Pastikan dendangan Datuk Siti Nurhaliza dan Angan dan Sedar oleh Mawi membuktikan penyanyi kecil molek ini sedang meniti populariti. Apabila ditanya perasaan beliau, Mila menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada peminat-peminatnya yang meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi-penyanyi terkenal ini. Bagi kategori Artis Harapan Pilihan pula, Mila mengalahkan rakan seakademinya Ebi, Diddy, Faizal Tahir (OIAM) dan Fiq (Mentor).

Di samping itu Misha Omar terkejut apabila dinobatkan untuk kategori Irama Global Pilihan menerusi lagu Nafas Cahaya. Walaupun tidak memiliki album penuh selama tiga tahun ini, peminat-peminat masih menaruh kepercayaan kepada beliau untuk terus berkarya dan hasilnya pada malam itu Irama Global Pilihan menjadi hak beliau.

Anugerah Seni ERA tahun ini diberikan kepada kumpulan Alleycats yang sudah berada di persada seni tempatan selama 39 tahun. Inilah anugerah pertama mereka dan sebagaimana ucapan yang diberikan oleh David Arumugam `perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan walaupun mengambil masa yang lama.'

Anugerah terakhir yang diberikan adalah anugerah baru Anugerah Nada Dering Hotlink yang berpihak kepada Jinbara menerusi lagu Farhana - Puteri Bumi Kenyalang.

Pada malam gemilang itu hadirin dihiburkan dengan penyanyi-penyanyi hebat seperti Jinbara, Adam, Dayang dan Diddy, Misha Omar dan Andy Flop Poppy dan Hattan.Kepada semua pemenang-pemenang ERA mengucapkan syabas! Kepada yang kalah, cuba lagi di tahun hadapan.

Berikut adalah senarai penuh keputusan AE07:
ARTIS HARAPAN PILIHAN: MILA
VIDEO MUZIK PILIHAN: LANGIT BIRU - MAWI
IRAMA GLOBAL PILIHAN: NAFAS CAHAYA - MISHA OMAR
ARTIS INGGERIS TEMPATAN PILIHAN: POINT BLANC/JACLYN VICTOR
LAGU NASYID PILIHAN: LANGIT BIRU -MAWI
VOKAL WANITA PILIHAN: DATUK SITI NURHALIZA
VOKAL LELAKI PILIHAN: M. NASIR
VOKAL DUO/BERKUMPULAN: JAMAL ABDILLAH/MAWI
BAND PILIHAN: SPIDER
LAGU ROCK PILIHAN:MAHAKARYA CINTA - FAIZAL TAHIR
ANUGERAH CARTA ERA: KENANGAN TERINDAH - SAMSONS
LAGU POP PILIHAN:PERSIS MUTIARA- MILA
PILIHAN KAKI WAYANG ERA: JANGAN PANDANG BELAKANG - METROWEALTH MOVIES
ANUGERAH SENI ERA: ALLEYCATS
PILIHAN NADA DERING HOTLINK: FARHANA (PUTERI BUMI KENYALANG) - JINBARA

KLIK PADA IKON DI BAWAH UNTUK LIHAT GAMBAR BERSAIZ BESAR:

Arkib

1

















Arkib

1