Blog ERA

SORRY!!

Dihantar Oleh ERAHUJUNGMINGGU

Astaghfirullahalazim.... Apa nak jadi la dengan Mimi ni kan? Rupa-rupanya ni lah blog Mimi yang pertama untuk tahun 2010!

???!!

Sorry sangat2. Harap-harapnya korang sumer sihat walafiat. Mimi alhamdulillah baik2 aje...

Mmmm... disebabkan dah lama tak blog, Mimi nak letak gambar banyak2 lah.. Korang sumer tunggu ok? Sekarang ni Mimi tengah kumpulkan gambar-gambar best yang boleh Mimi kongsi dengan korang.

In the meantime, korang teruskan dengar Era. Dan jangan lupa tau, kalau nak dengar ulangan Can I Help You??, korang boleh ke www.era.fm (ni lah laman webnya...hehe ) atau fb.era.fm.

Jumpa lagi... Real soon! Promise!!


Di sebalik Rock The World dan Sehati Berdansa

Dihantar Oleh ERAHUJUNGMINGGU

Salam semua...

Harap semuanya sihat walafiat dan happy2 selalu, maklumlah cuti2 panjang ni kan... Tapi Mimi rasa kurang sihat pulak... Sejak bangun tidur pagi tadi tekak ni dah rasa lain macam. Bila dah malam makin sakit pulak..

Apapun, Mimi nak kongsi apa yang Mimi sempat buat weekend ni. Oh sebelum tu, kepada rakan sekerja kat Era iaitu Burn dan semua pendengar yang menganut agama Kristian, Selamat Hari Natal Mimi ucapkan!

Ok, Mimi sepatutnya pegi 2 events semalam. Satu, Rock The World (RTW 9) di Bukit Jalil. Satu lagi malam kemuncak Sehati Berdansa di PICC Putrajaya. Tapi nak dijadikan cerita, Mimi tak dapat pegi RTW, walaupun hari2 sebelum tu Mimi memang beriya2 nak pegi. Sebabnya... hmmm adalah...tak dapat nak diceritakan kat sini. Memang rasa ralat sangat

Tapi nasib baik Mimi dapat pegi tengok finale Sehati Berdansa dengan Dina dan D. Best! Kitorang duduk betul2 belakang juri. Tahniah kepada Sein & Nana sebab berjaya dinobatkan sebagai juara musim ketiga. Tapi Sazzy & Naz pun memang mantap. Mimi suka sangat2 tengok Sazzy. Cantik, comel, rambut dia pun nice, tarian pun bertenaga dan baju dia cantik sangat!

All in all, rancangan tu sejam je. Tapi cukup padat, straight to the point dan tak membosankan. Sampaikan nak amik gambar pun tak teringat. Dok tengok benda2 yang berlaku kat keliling je kan... hehe.. Ni je yang sempat amik.

Kitorang dah janji nak pakai baju sama colour.




Ni lah keadaan pentas masa dah habis. Nampak tak Scha kat belah kiri tu? Hmm..tak sempat ambik gambar dgn dia. Masa ni Mimi, D dan Dina sibuk main2 dgn belon

OK. Tu je untuk kali ni. Nanti Mimi update lagi eh.. Korang sumer jaga diri. Dan yang bercuti panjang tu, selamat bercuti lah ye


Sikit-sikit, Sana Sini (Part II)

Dihantar Oleh ERAHUJUNGMINGGU

Hmmm... Sebab rasa bersalah dah lama tak blog kan, Mimi share je lah gambar2 yang Mimi tak sempat nak upload dulu. Ada gambar masa Jelajah Era (yang takde dalam blog terdahulu), masa album launching, dan dengan kawan2 Mimi kat AMP.

Ni masa birthday Faraa. Best makan kat umah dia. Gadis2 cantik ni semua orang2 kuat AMP

Ni dengan LJ masa Jelajah Era kat Nilai. Comel

Dengan Abg Zizan.. Sebelum konsert start kat Batu Pahat.


Dengan Hattan kat belakang stage.

Hmm.. Nak kenalkan lagi ke..? Jelajah Era terakhir kat Melaka.

Dgn Burn.. Hehe terbalik.. Mimi pakai costume India, dia pakai costume Melayu. Semangat 1Malaysia!

Asam pedas kat Melaka. Dah lupa nama tempat dia. Terbaekk!! Rasa dia sama dgn asam pedas yang mak Mimi buat. Yummyy

Ni masa pelancaran album terbaru Ahli Fiqir, Irama Berima. Diorang perform dengan Yasin tu.

Dgn Ray dan Cham. Masa pelancaran album tu jugak..


Dgn Ray dan Faraa, my Fantastic Four gang

Kawan2 baik Mimi kat newsroom. Yang kanan tu penyampai trafik, Sheryl Ong (mesti korang selalu dengar dia kan?) Yang kiri tu penyampai berita stesyen Inggeris, Teresa Wong (dia baca berita kat TV jugak )


Yang kiri tu Khairul Fadzly / Fadzly Abu Bakar (over dia ni, pakai 2 nama ), sama dgn Mimi baca news untuk stesyen Melayu. Yang kanan Azlyn Balqis, baca untuk English station.

Fuh! Rasa puas sebab dapat update 2 blog sekali. Korang take care tau. Terus dengar Era dan rajin2 la baca blog penyampai2 lain ye..



Dilihat:
10819 Visitors10819 Visitors10819 Visitors10819 Visitors10819 Visitors
Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!
  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB

Promosi

  • Panggung ERA: Menangi tiket menonton filem terbaru Angelina Jolie SALT di sini!

Menarik di era